RENCANA AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

 

Amalan Gaya Hidup Sihat

Oleh : Muhammad Adam Mukhriz bin Shazarul

 

Amalan gaya hidup sihat merupakan suatu amalan yang bagus untuk dipupuk sejak kecil lagi.Apakah yang dimaksudkan dengan amalan gaya hidup sihat?Apakah cara untuk memupuk semangat amalan gaya hidup sihat?Apakah yang akan terjadi jika kita tidak memupuk amalan gaya hidup sihat?Persoalannya,apakah manfaat yang dapat kita peroleh daripada amalan gaya hidup sihat.

 

                  Gaya hidup sihat merujuk kepada amalan yang meningkatkan tahap kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan  kesihatan.Menjaga permakanan seharian merupakan salah satu cara untuk memupuk amalan gaya hidup sihat.Hal ini kerana,manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan penjagaan kesihatan.Justeru dengan itu,kita mestilah sentiasa menjaga permakanan kita.

 

                   Kita boleh memupuk semangat  amalan gaya hidup sihat dengan pelbagai cara.Antaranya ialah,kita boleh keluar beriadah pada waktu petang.Dengan beriadah,kita dapat menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan otak kita.Kita juga dapat melancarkan degupan jantung dengan beriadah.Jelaslah,kita dapat memperolehi  banyak manfaat daripada aktiviti beriadah.

 

                   Kita boleh menerima beberapa penyakit negatif jika tidak mengambil serius tentang amalan gaya hidup sihat.Antaranya ialah,obesiti.Hal ini berlaku kerana,tabiat permakanan yang tidak seimbang dan kurang beriadah di luar.Tabiat pemakanan yang tidak seimbang ialah seperti pengambilan makanan manis dan berlemak secara berlebihan.Hal ini mengingatkan kita semua supaya sentiasa menjaga pemakanan yang seimbang.

 

                Terdapat beberapa manfaat yang dapat kita peroleh daripada  amalan gaya hidup sihat.Antaranya ialah,kita dapat mengekalkan berat badan yang ideal.Hal  ini kerana,dengan menjaga permakanan dan beriadah,kita akan dapat memperoleh badan yang sihat dan kuat.Jelaslah,kitab oleh memperoleh pelbagai manfaat daripada amalan gaya hidup sihat.

 

                Sebagai konklusinya,kita mestilah sentiasa mengamalkan amalan gaya hidup sihat kerana pelbagai manfaat dapat  diperoleh daripada amalan gaya hidup sihat.

Popular posts from this blog