Amalan Gaya Hidup Sihat Oleh : Muhammad Adam Mukhriz bin Shazarul Amalan gaya hidup sihat merupakan suatu amalan yang bagus untuk dipupuk sejak kecil lagi.Apakah yang dimaksudkan dengan amalan gaya hidup sihat?Apakah cara untuk memupuk semangat amalan gaya hidup sihat?Apakah yang akan terjadi jika kita tidak memupuk amalan gaya hidup sihat?Persoalannya,apakah manfaat yang dapat kita peroleh daripada amalan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat merujuk kepada amalan yang meningkatkan tahap kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan.Menjaga permakanan seharian merupakan salah satu cara untuk memupuk amalan gaya hidup sihat.Hal ini kerana,manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan penjagaan kesihatan.Justeru dengan itu,kita mestilah sentiasa menjaga permakanan kita. ...